Kebaikan dan Keburukan Transformasi Pendigitalan
Kebaikan yang dapat kita peratikkan dari segi perubahan transformasi digital ialah transformasi digital ini dalam pembelajaran dalam talian (PDP) dapat memberi manfaat kepada masyarakat. Pembelajaran online learning ataupun pembelajaran dalam talian menjadi satu cabaran dan dilema kepada semua warga pendidik dan juga pelajar sejak pandemik Covid-19 melanda Malaysia pada awal tahun 2020. Pembelajaran dalam talian didefinasikan sebagai pengajaran menggunakan internet dan teknologi berkaitan untuk pembangunan dan penyediaan bahan pengajaran, penyampaian dan juga pengurusan kursus menggunakan platform bersesuaian. Di Malaysia, pembelajaran dalam talian melalui Massive Open Online Course (MOOC) adalah selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 bagi menyokong agenda Lonjakan 9 Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global. Usaha ini juga boleh dilihat sebagai salah satu inisiatif pihak kerajaan dalam menjayakan transformasi digital yang diusahakan sejak 2017 dan mula mendapat perhatian serius dan meluas dengan pengambilalihan stesen TV NTV7 dengan penjenamaan semula sebagai Didik TV untuk menjadikannya saluran pendidikan perdana dalam talian.
Kebaikan seterusnya ialah Kehadiran teknologi dari segi transformasi digital dalam pekerjaan dapat mengubah masyarakat supaya ia dapat menjadikan masyarakat lebih bermaklumat. Pada dahulu kala kita dapat melihat semua kerja dilakukan atau dibuat secara manual dan juga secara fizikal yang memerlukan tenaga manusia. Akan tetapi dengan kewujudan teknologi yang lebih canggih, semua kerja dapat dibuat atau dilakukan dengan baik berdasarkan bantuan teknologi, misalnya dengan satu klik sahaja pada tetikus (mouse), semua kerja dapat disiapkan.Dengan penggunaan teknologi dalam pekerjaan, kita boleh menjimatkan masa di mana proses perniagaan dapat disiapkan dalam beberapa minit sahaja dan juga dapat dikemaskinikan dalam masa yang singkat mengikut arus teknologi. Kemajuan teknologisekarang dapat dilihat melalui penembusannya dalam setiap aspek kehidupan hariandari perniagaan hingga ke gaya hidup masyarakat.
Keburukan terhadap transformasi digital ialah membantukkan perkembangan Sosial. Pemasalahan ini boleh terjadi apabila kanak-kanak didedahkan dengan permainan digital tanpa pengawasan dan kawalan. Kanak-kanak ini akan bermain permainan dalam komputer kerana ganjaran dan tawaran yang ditawarkan permainan tersebut. Oleh kerana kanak-kanak mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, mereka akan terus bermain untuk mengetahui apakah penghujung permainan tersebut. Mereka boleh ketagih dengan permainan tersebut dan akan merencatkan pertumbuhan kanak-kanak yang sepatutnya dicapai. Kecerdasan interpersonal mereka akan terbantut yang mana mereka hanya memikirkan mengenai permainan komputer semata-semata dan mewujudkan sifat sosio-emosi kanak-kanak yang mementingkan diri sendiri dan tidak mahu mengalah. Sifat negatif ini tidak sewajarnya ada dalam diri kanak-kanak. Dengan hanya bermain permainan komputer juga sekali gus akan menghilangkan tahap keyakinan diri kanak-kanak dengan masyarakat kerana mereka langsung tidak bercampur dengan masyarakat bagi aktiviti luar rumah. Perkara ini juga akan memberi impak yang besar kepada kanak-kanak apabila mereka remaja dan dewasa kelak.
Keburukan seterusnya boleh menyebabkan berlakunya jenayah yang berleluasa tehadap transformasi digital dalam teknologi moden pasa masa kini. Perkembangan teknologi juga boleh membawa keburukan terutamanya jenayah siber, ianya seperti kecurian maklumat, penipuan, penyebaran virus, penggodam , pengubahsuaian ke atas program dan sebagainya. Jenayah Siber amat berleluasa sekarang ini dan ianya sukar untuk dibendung. Kecanggihan teknologi telah disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tertentu bagi mengaut keuntungan dengan cara yang mudah. Di samping itu, teknologi juga telah memudahkan penjenayah untuk melakukan jenayah contohnya dengan penggunaan alat bagi mengesan laptop di dalam kereta dan juga alat untuk membuka pintu kereta. Alat-alat ini banyak digunakan oleh penjenayah.
Untuk mengetahui lebih lanjut Klik Sini
Comments
Post a Comment