Fungsi utama bagi transformasi digital ialah setiap organisasi perlu bersiap siaga dalam memastikan perubahan transformasi digital. Artinya, organisasi yang ingin memastikan bahawa perniagaan dapat mencapai keperluaan melalui perubahan digital yang berlaku di negara pada masa kini. Beberapa hal yang dapat dilihat sebagai bukti kesiapan transformasi digital ialah setiap organisasi dapat menghasilkan inovasi produk yang lebih baik, mengeksplorasi dan mengembangkan model perniagaan baru yang bersifat disruptif agar tetap dapat bersaing dan dapat menghasilkan keuntungan. Hal ini merupakan fungsi bagi transformasi digital bagi meningkatkan perniagaan yang diiliki agar menjadi lebih digital dan mendekatkan diri ke konsumen melalui saluran digital sehingga lebih memahami keinginan mereka.
Pendigitalan Dan Bisnes/Ekonomi Digital
Pendigitalan dan Bisnes atau Ekonomi digital ini dibangunkan bagi mengambarkan cita-cita yang besar untuk kerajaan Malaysia dalam memetakan negara di masa hadapan melalui inisiatif pendigitalan. Pendigitalan merupakan kesinambungan daripada proses pegkomputeran yang telah dibuat sebelum ini di mana kerajaan telah mendigitalan proses penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Di era tersebut, kerajaan telah menggunakan teknologi ICT untuk menangani isu ketersambungan, kelajuan, jarak, komunikasi dan automasi. Fungsi bagi inisiatif-inisiatif pendigitalan yang telah dilaksanakan ini, sekiranya disokong dengan penggunaan teknologi digital baharu dan terkehadapan akan merubah cara manusia berhubung dan berurusan antara satu sama lain.
Perubahan ini dipangil transformasi digital atau pendigitalan. Proses transformasi digital ini memberi impak yang besar kepada kehidupan dan ekonomi sekiranya dirancang dan dilaksanakan dengan betul. Bagi membolehkan perkara ini berlaku, proses kerja bisnes atau direkabentuk semula selari dengan keupayaan teknologi digital yang menjadikan jurang pemisahan antara dunia nyata dan dunia maya semakin pudar melalui penyatuan manusia, proses dan benda. Pelaksanaan aktiviti bisnes digital ini dalam organisasi dan masyarakat akan membentuk ekosistem digital yang baharu seterusnya akan mencetus pembentukan masyarakat dan ekonomi digital.
Inovasi Teknologi
Pada hari ini teknologi digital mempengaruhi kehidupan di segenap segi samada dari aspek perniagaan, pendidikan pertanian, komunikasi, penyampaian perkhidmatan dan lain-lain. Menyedari kesan daripda revolusi digital ini, banyak syarikat atau kerajaan berlumba-lumba mengadaptasi teknologi baharu ini (emerging technology) dan merekabentuk semula model perniagaan untuk menjadikan kekal relevan dan terkehadapan di kalangan pelanggan masing-masing. Fungsi bagi proses inovasi teknologi telah mejadi pemacu kekayaan yang sangat berkuasa dan berupaya meningkatkan kesejahteraan rakyat dalam transformasi digital ini.
Comments
Post a Comment