Transformasi Digital

Pendahuluan

      Transformasi digital bukan sahaja berkait dengan teknologi tetapi lebih kepada strategi dan cara berfikir yang baharu iaitu cara bagaimana menggunakan teknologi untuk mencipta semula model bisnes supaya organisasi kekal relevan dan kompetitif. Terdapat banyak contoh syarikat yang gulung tikar atau terus kekal di pasaran bergantung bagaimana mereka respon kepada teknologi dan persekitaran yang disruptif. Jika kita tidak mengubah model bisnes dan kekal dengan model legasi maka kemungkinan kita tidak lagi relevan dan kompetitif di masa hadapan sepertimana yang telah terjadi kepada syarikat Kodak dan Wallmarts. Disebabkan syarikat Wallmarts agak lewat memanfaatkan teknologi digital berbanding dengan syarikat Amazon, menyebabkan modal pasaran syarikat Amazon pada tahun 2016 meningkat kepada $400 billion manakala modal pasaran Wallmarts jatuh kepada $210 billion. Sebaliknya jika kita mempunyai visi digital yang jelas iaitu bagaimana cara menggunakan teknologi untuk menjadikan produk dan perkhidmatan lebih baik, penambahbaikan proses kerja dan meningkatkan pengalaman pengguna maka kemungkinan besar kita terus berdaya saing di pasaran sepertimana syarikat Encyclopedia Britannica Inc. dan Amazon. 






Definasi Transformasi Pendigitalan 

     Transformasi digital adalah proses transformasi aktiviti, proses dan model perniagaan secara kelutuhan dengan manfaatkan perkembangan teknologi. Tujuan utamanya adalah untuk meningkatkan kecekapan, mengurangkan risiko dan meluaskan peluang perniagaan yang baru. Contohnya, penggunaan aplikasi atau sistem untuk manganalisis data. Tujuannya adalah untuk mendapatkan insight baru yang berguna untuk peningkatan produk dan strategi layanan pelanggan. Proses ini tidak memerlukan interaksi yang banyak sesama manusia kerana semuanya dilakukan secara automatik oleh sistem. Hasilnya, peningkatan kecekapan dalam proses dan masa sekaligus dapat meningkatkan hasil penjualan.
     Transfomasi digital adalah proses yang terjadi pada teknologi digital untuk menciptakan sesuatu yang baru atau memodifikasi model untuk perniaga, budaya, dan pengalaman bagi pelanggan yang ada untuk menjawab masalah  serta memenuhi keperluan pasaran. Transformasi digital juga dapat mengubah sebuah perusahaan untuk memajukan  perniagaan konvensional seperti penjualan, pemasaran, dan layanan pelanggan. Meskipun konsep transformasi digital ini sebagian besar digunakan dalam konteks bisnes yang digunakan oleh perusahaan- perusahaan, transformasi digital sebenarya juga berdampak pada organisasi lainnya seperti institusi pemenrintah dan lembaga publik atau swadaya masyarakat.
      Menurut tokoh seperti Westermen dan Bonnet(2011), transformasi digital adalah proses perubahan organisasi yang melibatkan manusia, strategi, struktur melalui penggunaan teknologi digital dan model perniagaan yang menyesuaikan bagi meningkatkan organisasi. Kemudian mereka juga medefinisikan transformasi digital sebagai perubahan yang akan melakukan banyak sekali inovasi yang mengubah perusahaan menjadi lebih efektif dan efisien dalam menjalankan tugas.
      Selain itu, menurut Eric Jeffery tranformasi digital adalah kata kunci untuk membangkitkan emosi dan menarik perhatian orang ramai. Transformasi digital muncul bagi membantu organsasi tumbuh dalam kematangan dalam teknologi pada masa sekarang sambil berfokus kepada peningkatan perniagaan. Eric juga berpendapat bahawa kefahaman dalam transformasi tanpa memahami tujuannya dapa menyebabkan pengeluaran wang yang tidak teratur. Transformasi digital dapat memiliki maksud yang berbeza bagi orang berbeza permikiran. 

Untuk mengetahui lebih lanjut Klik Sini

Comments

Popular posts from this blog

Kefungsian Transformasi Digital

Kebaikan dan Keburukan Transformasi Pendigitalan