Kesimpulan

          Kesimpulannya, transformasi pengetahuan dan penguasaan digital oleh penjawat awam dan sektor swasta bukan lagi satu pilihan tetapi satu kemestian. Dalam menghadapi revolusi dan ekosistem digital, penjawat awam dan sektor swasta perlu serius beradaptasi dengan cepat dengan menyingkir perasaan takut mencuba. Malah perlu mendahului khususnya dalam pembentukan infrastruktur, mengawal selia dan pemudah cara kepada sebuah negara yang bakal terhubung sepenuhnya. Hasrat dalam transformasi digital ini untuk “memperkasakan rakyat dan membolehkan perniagaan” hanya dapat dicapai dengan penjawat awam yang mampu memanfaatkan teknologi, data dan kecerdasan digital, berupaya meningkatkan set kemahiran digital dan meningkatkan kualiti perkhidmatan dalam talian di sektor masing-masing. Kejayaan dalam perubahan dari segi transformasi digital bergantung kepada komitmen semua pihak yang terlibat iaitu agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat swasta, institusi pendidikan, industri dan komuniti. Seiap negara mengharapkan tercapai cita-cita untuk menjadikan negara mereka sebagai sebuah negara yang digital pintar yang didokong oleh rakyat yang pintar. Rakyat pintar ialah rakyat yang diperkasakan dengan minda dan kemahiran digital yang membentuk masyarakat yang mempunyai nilai-nilai moral berteraskan Islam .Negara digital pintar dan rakyat pintar ini akan menstranformasikan kehidupan rakyat dan pertumbuhan ekonomi negara ke arah yang lebih mampan seterusnya dapat mengantarabangsakan negara malaysia di peta dunia. 


Comments

Popular posts from this blog

Transformasi Digital

Kefungsian Transformasi Digital

Kebaikan dan Keburukan Transformasi Pendigitalan