Transformasi Pendigitalan Terhadap Masyarakat
Perniagaan digital berasaskan data membuka peluang-peluang baharu melalui penciptaan model baharu bisnes, aliran keuntungan yang baharu dan sumber-sumber baharu dalam kelebihan daya saing yang lebih murah, cepat serta lebih berpaksikan pelanggan jika dibandingkan dengan penggunaan sumber-sumber sebelum ini. Transformasi dalam teknologi digital boleh mengubah semua domain strategi perniagaan bermula bagaimana peniaga memasarkan produk kepada pelanggan, bagaimana peniaga menangani persaingan, bagaimana peniaga berinovasi untuk menghasilkan produk dengan cepat dan bagaimana peniaga mencipta nilai baharu kepada pengguna. Oleh yang demikian, kerajaan akan menjalankan program kesedaran dan latihan kepada segenap lapisan masyarakat di seluruh negara supaya menceburi bidang keusahawanan digital.
Kerajaan Malaysia telah pun membangunkan beberapa sistem aplikasi bagi memberikan perkhidmatan secara dalam talian kepada rakyat. Walau bagaimanapun, kerajaan akan menambahbaik sistem penyampaian kerajaan untuk masyarakat dengan melakukan transformasi kaedah sistem penyampaian tersebut daripada perkhidmatan berpaksikan kerajaan dan silo kepada perkhidmatan berpaksikan rakyat, terangkum, bersepadu dan dari hujung ke hujung. Ini adalah kerana kerajaan sedar bahawa dalam kitaran kehidupan rakyat akan berlaku peristiwa atau keadaan tertentu yang memerlukan perkhidmatan yang pantas, mudah dan kos yang minima. Bagi merealisasikan hasrat ini, kerajaan akan mereka bentuk semula proses penyampaian perkhidmatan yang mungkin juga melibatkan sektor swasta, badan-badan sukarela dan komuniti seterusnya membangunkan apps mengikut kategori live-event dalam kitaran hidup rakyat.
Gaya hidup digital merupakan sebuah fenomena bagi masyarakat kita sejak kanak lagi sehinga dewasa ini.Hal ini menjelaskan bahwa gaya hidup digital merupakan revolusi gaya hidup akibat perkembangan transformasi digital dan komunikasi yang semakin pesat. Dengan menggunakan peralatan digital, pekerjaan dapat dilakukan dengan lebih efisien, dapat lebih efektif karena tujuan pekerjaan bisa dicapai lebih cepat dari sebelumnya. Para ahli mengatakan bahwa tujuan utama gaya hidup digital adalah lebih bermanfaat untuk masyarakat menggunakan internet atau talian secara online dapat digunakan dengan lebih luas.
Untuk mengetahui lebih lanjut Klik Sini
Comments
Post a Comment