Transformasi Digital

Pendahuluan Transformasi digital bukan sahaja berkait dengan teknologi tetapi lebih kepada strategi dan cara berfikir yang baharu iaitu cara bagaimana menggunakan teknologi untuk mencipta semula model bisnes supaya organisasi kekal relevan dan kompetitif. Terdapat banyak contoh syarikat yang gulung tikar atau terus kekal di pasaran bergantung bagaimana mereka respon kepada teknologi dan persekitaran yang disruptif. Jika kita tidak mengubah model bisnes dan kekal dengan model legasi maka kemungkinan kita tidak lagi relevan dan kompetitif di masa hadapan sepertimana yang telah terjadi kepada syarikat Kodak dan Wallmarts. Disebabkan syarikat Wallmarts agak lewat memanfaatkan teknologi digital berbanding dengan syarikat Amazon, menyebabkan modal pasaran syarikat Amazon pada tahun 2016 meningkat kepada $400 billion manakala modal pasaran Wallmarts jatuh kepada $210 billion. Sebaliknya jika kita mempunyai visi digital yang jelas iaitu bagaimana cara menggunakan teknologi ...